Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Kawasan Lapang Berkolam

Garis Panduan Kawalan Perancangan Kawasan Lapang Berkolam/ Lombong



Latarbelakang

Garis Panduan bagi Pembangunan Kawasan Lapang Berkolam dicadangkan adalah untuk bertujuan seperti berikut:

  1. Bagi menyeragamkan pembangunan kawasan lapang berkolam supaya selaras dengan fungsinya sebagai kawasan rekreasi dan kolam tadahan.
  2. Bagi meningkatkan persepsi penduduk dan pembeli terhadap kawasan lapang dan kolam tadahan
  3. Memperindahkan kawasan lapang yang berkolam serta memudahkan penyelenggaraan oleh pihak Majlis kelak.
  4. Pembangunan dapat diselaraskan bermula dari peringkat awal pembangunan agar ia lebih terancang.
  5. Meningkatkan cirri-ciri keselamatan penduduk terhadap kawasan kolamterutama kepada kanak-kanak.
  6. Mewartakan kawasan lapang dan kolam tadahan melalui pelan ukur yang dibawa ke Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan kerana kolam ini akan diserah kepada majlis. Dengan ini memudahkan majlis memohon peruntukkan kepada Pihak Berkaitan bagi tujuan penyelenggaraan kolam dan kawasan lapang.
  7. Menyelaraskan keperluan rekabentuk dan fungsi dengan jabatan teknikal yang lain seperti Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan lain-lainnya. 

Garispanduan

Cadangan garis panduan bagi Rizab kawasan lapang yang berkolam/lombong di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh adalah seperti berikut:-

  1. Pembangunan tanah kurang 5 ekar – 75% (minima) daripada kawasan lapang yang berkolam perlu ditambak dan dibangunkan sebagaimana kehendak Jabatan Lanskap,MBI.
  2. Pembangunan tanah 5 ekar 10 ekar – 50% (minima) daripada kawasan lapang yang berkolam perlu ditambak dan dibangunkan sebagaimana kehendak Jabatan Lanskap,MBI.
  3. Pembangunan tanah 10 ekar ke atas – 25% (minima) daripada kawasan lapang yang berkolam perlu ditambak dan dibangunkan sebagaimana kehendak Jabatan Lanskap,MBI.
  4. Mengemukakan pelan lanskap yang terperinci di tepi kolam yang boleh digunakan sebagai kawasan hijau dan rekreasi dan hendaklah mematuhi syarat- syarat Jabatan Taman Dan Rekreasi MBI semasa mengemukakan Pelan Susunatur.
  5. Menunjukkan pada pelan cadangan dan membina pagar keselamatan di kawasan yang hamper dengan air kolam.
  6. Mematuhi syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Kejuruteraan MBI.
  7. Mematuhi syarat- syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran.
  8. Mewartakan kawasan lapang dan kolam dimana pengrizaban di kawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Majlis Bandaraya Ipoh.