Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Jalan-jalan Saraf di Kawasan Perancangan Pusat

Garispanduan Jalan-jalan Saraf di Kawasan Perancangan Pusat

Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) Bahagian 1, Seksyen 2(1) jalan ertinya mana-mana jalan awam atau persendirian dan termasuklah mana-mana leboh, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar-kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu atau jalanraya, samada tembus atau tidak, di atas mana orang ramai berhak berlalu. Pengwujudan jalan raya adalah mengikut kategori dan fungsinya di kawasan-kawasan tertentu.

 



Latarbelakang

Menurut kategori atau hirarki jalanraya di kebanyakan bandar di Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Jalan Saraf (Arterial street)
  2. Jalan Pengumpul (Collector Street)
  3. Jalan Tempatan (local street)


Bagaimana pun bagi tujuan orde kelas kegunaan kategori jalan raya di kawasan perancangan pusat yang dipertimbangkan ialah jalan saraf. Pertimbangan jalan-jalan sarafnya adalah berdasarkan kepada :

  1. Jalan saraf yang dikenal pasti di dalam Pelan Struktur Ipoh
  2. Jalan sehala yang mempunyai rizab jalan kaki 66 kaki dan lebih



Tujuan

Garis panduan jalan saraf ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti jalan-jalan tersebut di kawasan perancangan pusat.




Cadangan

Berikut adalah senarai jalan-jalan saraf yang telah dikenalpasti di Kawasan Perancangan Pusat seperti berikut: (Garispanduan Kelas Kegunaan).

Garispanduan ini adalah untuk meyediakan piawaian senarai jalan-jalan saraf di kawasan Perancangan Pusat.

Mengikut Kelas Kegunaan, senarai jalan-jalan saraf di Kawasan Perancangan Pusat adalah seperti berikut :

  1. Jalan Dato' Onn Jaafar
  2. Jalan Lahat
  3. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (termasuk Jalan Kelab)
  4. Jalan Raja Ekram
  5. Jalan Raja Musa Aziz
  6. Jalan Sultan Idris Shah
  7. Jalan Iskandar Shah
  8. Jalan Sultan Yussuf
  9. Jalan Yang Kalsom

Artikel Berkaitan