Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Infrastruktur dan Utiliti


Garis Panduan Kawalan Perancangan – Infrastruktur dan Utiliti

 

Sistem Pengairan Dan Saliran

Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) perlu digunapakai bersama garipanduan di bawah semasa kebenaran merancang  atau merekabentuk infrastruktur pengurusan air hujan:-

 

  1. Urban Stormwater Management Manual for Malaysia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2000;
  2. Garispanduan Mengawal Hakisan Tanah dan Pemendapan oleh Jabatan Alam Sekitar, 1996;
  3. Garispanduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2000;
  4. Garispanduan Kawasan Kolam Takungan sebagai sebahagian Tanah Lapang oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia, 1997;
  5. Garis Panduan Kawalan Hakisan Bagi Projek Pembangunan di Kawasan Pantai;
  6. Dasar Pengurusan Sumber Pantai Nasional; dan
  7. Guidelines for Installing a Rain Water Collection and Utilization System oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Konsep MSMA ialah mengawal/ mengatasi banjir dengan mengambilkira langkah proaktif mengawal/ mengurus air lebihan hujan/ air larian permukaan pada puncanya dengan cara berikut :-

  • Storan · Parit resapan/penyusupan.
  • Takungan · Jalanraya telap air.
  • Kolam · Saliran bawah tanah.
  • Tasik · Wetland alur dan lanskap.
  • Tangki modular.
  • Kemudahan Storan air di tempat letak kereta/padang.


Cara-cara di atas direka bentuk menggunakan MSMA mengikut mana yang sesuai selepas mengambil kira semua aspek berikut :-

  • Keadaaan tapak.
  • Kos.
  • Perundangan.
  • Kos efektif.
  • Tanah · Kerja penyelenggaraan akan datang.
  • Alam sekitar.
  • Pentadbiran.
  • Ekonomi.


Antara dasar-dasar garis panduan ini adalah :-

  1. Semua perancangan pembangunan yang terdapat berhampiran sungai perlulah mematuhi Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai oleh JPS. Antara dasar-dasarnya adalah :-

 

Peruntukan rezab sungai yang mencukupi seperti berikut :-

  1. Keperluan rizab sungai ini adalah bagi tujuan : -
  • Sebagai ruang untuk melebarkan dan meluruskan sungai pada masa hadapan;
  • Sebagai ruang untuk kemudahan-kemudahan sungai seperti benteng;
  • Untuk bertindak sebagai dataran banjir;
  • Sebagai kawasan zon penampan untuk mengawal hakisan;
  • Untuk membenarkan sedikit hakisan tebing berlaku;
  • Sebagai laluan masuk bagi kerja-klerja penyelenggaraan;
  • Untuk membenarkan perkembangan liku-liku sungai;
Semua pembangunan yang mempunyai sungai dalam kawasan pembangunannya perlulah mengambil kira perancangan persekitaran kawasan sungai dan juga sungai tersebut. Segala perancangan pembangunan perlulah dikaji dengan terperinci di dalam lingkungan 50m daripada rezab sungai tanpa mengambil kira status tanah berdasarkan kriteria berikut :-
 

i.   Sungai sebagai tumpuan utama dalam perancangan pembangunan baru

  • Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan
  • Dalam perancangan tatatur, sungai perlulah diberi tumpuan utama sebelum lain-lain perancangan.

ii.    Pelaksanaan kerja-kerja pengindahan rizab sungai/ simpanan sungai.

  • Pemaju diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan rizab semasa mengemukakan pelan susunatur dan diluluskan oleh JPS.
  • Rizab sungai sebagai zon penampan bagi mengawal pencemaran, hakisan permukaan, pencerobohan setinggan boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi, kawasan hijau dan boleh diusahakan oleh pemaju dan boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada kawasan lapang yang disediakan dalam projek pembanguan mereka.

iii.     Pembangunan tidak meningkatkan kadar aliran kepada sungai

  • Kawasan pembangunan melebihi 10 hektar atau lebih perlu menyediakan ‘detention pond dan/atau retention pond’ bagi mengawal penambahan kadar aliran kepada sungai
  • Pengiraaan kolam takungan ini berdasarkan kepada 4 % daripada keseluruhan keluasan kawasan pembangunan tersebut. Penyediaan kolam takungan ini dibolehkan sebagai sebahagian daripada 10% tanah lapang yang perlu disediakan daripada keseluruhan kawasan pembangunan dan berupaya menakung air sekurang-kurangnya 5 jam.
  • Sebagai ruang untuk penyimpanan sementara tanah buang;
  • Sebagai ruang-ruang untuk kerja-kerja pengindahan dan rekreasi.

iv.     Bangunan-bangunan dan infrastruktur kekal tidak dibenarkan sama sekali di dalam sungai dan rizabnya

  • Bangunan-bangunan seperti pejabat, rumah, tiang elektrik, LRT serta saluran utiliti lain yang diletakkan/ditanam selari sepanjang sungai tidak dibenarkan.
  • Kemudahan rekreasi seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang tenis, takraw dan lain-lain yang dapat digunakan semasa aliran air sungai rendah dan tidak menganggu semasa aliran banjir adalah dibenarkan.
  • Kerja-kerja pengindahan sungai yang menghalang dan meninggikan paras air.sungai seperti penambahan batu-batu tanpa kebenaran JPS perlu dielakkan.
KELEBARAN LALUAN
AIR ANTARA TEBING                             
KEPERLUAN KELEBARAN RIZAB DARI KEDUA BELAH TEBING BERDASARKAN KEPADA KELUASAN SUNGAI SEDIA ADA
Lebih dari 40m 50m
Antara 20 dan 40m
40m
Antara 10 dan 20m 20m
Antara 5 dan 10m 10m
Kurang dari 5m
5m

{/tabs}

Artikel Berkaitan