Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Alam Sekitar

Garis Panduan Kawalan Perancangan – Alam Sekitar

 

Kualiti Air

  1. Piawaian di kawasan kajian iaitu di hulu takat pengambilan air perlu adalah berdasarkan kepada Piawai A Akta Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Domestik dan Industri, 1979).
  2. Efluen daripada kawasan komersial ‘sullage’ tidak dibenarkan dilepaskan terus ke dalam sebarang badan air.
  3. Kualiti air sungai di kawasan kajian perlu mematuhi sekuang-kurangnya Kelas III ‘Interim National River Water Quality Standards (INWQS)’.
  4. Industri yang berpotensi menjana efluen dengan signifikan perlu menjalankan kajian pemodelan kualiti air sebelum boleh diluluskan.
  5. Industri pemerolehan sisa berjadual tidak digalakkan di kawasan tadahan air kecuali yang mengamalkan konsep pelepasan efluen sifar.
  6. Tapak pelupusan sisa pepejal tidak digalakkan di kawasan tadahan air.
  7. Semua sungai-sungai utama perlu disediakan rizab hijau sebanyak 30m daripada tebing-tebing sungai yang akan berfungsi untuk menapis sebarang bahan pencemar air larian permukaan.
  8. Pembangunan perumahan baru perlu dipasangkan dengan kemudahan menggunakan ‘air hujan’.
  9. Semua kawasan komersial perlu dipasangkan dengan alat perangkap sampah mengikut kawasan tadahan.
  10. Semua kawasan perindustrian perlu memulakan program pemantauan kualiti air secara kumulatif untuk kawasan tadahan industri.
  11. Paramater kualiti air minima yang perlu dipantau adalah berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) iaitu Oksigen Terlarut (DO), Keperluan Oksigen Kimiahayat (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai (SS), dan pH. I

Kualiti Udara

  1. Piawaian pelepasan udara di kawasan kajian adalah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.
  2. Kualiti udara ambien di kawasan kajian perlu mematuhi Garispanduan Piawan Udara Negara.
  3. Insinerator sisa berjadual tidak dibenarkan di dalam lingkungan 500m daripada kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah.
  4. Aktiviti kuari tidak dibenarkan di dalam lingkungan 600m daripada kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah.
  5. Pembangunan baru perlu disediakan dengan sempadan hijau iaitu penanaman 2 baris pokok di sempadan kawasan perumahan dan perindustrian.
  6. Parameter kualiti udara minima yang perlu dipantau adalah Partikulat kurang dari 10 micron (PM10), Nitrogen Oksides (NOx), Karbon Monoksida (CO), Sulfur Oksides (SOx) dan Plumbum (Pb).

 

Kualiti Bunyi

  1. Piawaian bunyi daripada kenderaan adalah berdasarkan keapda Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor, 1987).
  2. Piawaian kualiti bunyi di kawasan kajian adalah berdasarkan kepada ‘The Planning Guidelines For Environmental Noise Limits and Control’ oleh JAS.
  3. Piawaian kualiti bunyi di sempadan kilang adalah 70dBA untuk waktu siang dan 60dBA untuk waktu malam.
  4. Jalanraya utama atau jalan keretapi tidak dibenarkan di dalam lingkungan 30m daripada kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah.
  5. Kawasan perumahan yang berhadapan dengan jalanraya utama perlu sekuang-kurangnya disediakan dengan penanaman dua baris pokok sebagai penampan bunyi semulajadi.
  6. Aktiviti kuari tidak dibenarkan di dalam lingkungan 600m daripada kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah.
  7. Pemantauan kualiti bunyi perlu dilakukan di kawasan perumahan sehingga 1km daripada kawasan aktiviti kuari.
  8. Parameter kualiti bunyi minima yang perlu dipantau adalah Leq, L10 dan L90.

 

Sisa Berjadual

  1. Keperluan pengurusan sisa berjadual di kawasan kajian adalah berdasarkan kepada Peraturan Sisa Berjadual 2005.
  2. Sisa berjadual hanya boleh disimpan di tapak maksima selama 6 bulan atau sebanyak 20 tan.
  3. Industri yang menjana sisa berjadual tidak dibenarkan di dalam lingkungan 500m daripada kawasan perumahan atau kawasan sensitif sepertihospital dan sekolah.

 

Perancangan

  1. Pembangunan yang melebihi kawasan seluas 50 ha perlu menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
  2. Pembangunan di kawasan KSAS Tahap 3 perlu menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
  3. Semua kilang baru perlu melakukan Penilaian Awal Tapak (PAT) sebelum dibenarkan beroperasi.
  4. Industri yang berpotensi menjana efluen yang signifikan perlu menjalankan kajian pemodelan kualiti air sebelum boleh diluluskan.

Kawalan

GARISPANDUAN KAWALAN

  1. Industri yang berpotensi menjana pelepasan udara yang signifikan perlu menjalankan kajian pemodelan kualiti udara sebelum boleh diluluskan.
  2. Jalanraya atau jalan keretapi yang berada di dalam lingkungan 250m daripada kawasan kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah perlu menjalankan kajian pemodelan kualiti bunyi sebelum boleh diluluskan.
  3. Keperluan zon penampan diantara industri dengan kawasan perumahan adalah 50 meter untuk industri jenis ringan, 250 meter untuk industri jenis sederhana dan 500m untuk industri jenis berat.
  4. Industri yang berpotensi berisiko tinggi tidak dibenarkan di dalam lingkungan 500m daripada kawasan kawasan perumahan atau kawasan sensitif seperti hospital dan sekolah.
  5. Pembangunan di kawasan tanah tinggi dan bukit perlu mematuhi Garispanduan Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2002 dan pindaan 2005.
  6. Zon penampan bagi pembangunan di lereng bukit batu kapur adalah dalam jarak 600 meter.