Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Garispanduan Ternakan

Garispanduan Ternakan

Kawasan ternakan umumnya adalah kawasan binatang pemeliharaan. Ianya dilakukan sama ada secara komersial ataupun persendirian. Aktiviti ini memerlukan perancangan dan kawalan yang teliti supaya kesan-kesan negatif tidak timbul hasil perkembangan aktiviti ini.

 

Latarbelakang

Mengikut Kelas Kegunaan, aktiviti ternakan terbahagi kepada :
  1. Lembu Daging dan Tenusu
  2. Ayam
  3. Itik
  4. Kambing, Kambing Biri-biri dan Rusa
  5. Lebah
  6. Kolam Ikan, Udang, Belut dan Ketam
  7. Burung Puyuh
  8. Arnab
  9. Kuda
  10. 'Incubator' (tempat penetasan telor)
  11. Khinzir
  12. Buaya
  13. Binatang liar yang tidak merbahaya serta mendapat kelulusan Perhilitan.


Aktiviti Ternakan perlu dirancang dan dikawal dengan sempurna. Tanpa perancangan dan kawalan yang sempurna ia boleh memberi kesan sampingan kepada masyarakat. Antara kesan-kesan sampingan tersebut adalah :

  1. Pencemaran alam sekitar
  2. Menimbulkan kacauganggu terhadap harta benda, tanaman dan ketenteraman orang awam.
  3. Kemungkinan mewujudkan percanggahan guna tanah dan kegunaan bangunan.



Tujuan

Garis panduan Ternakan ini disediakan di atas sebab-sebab berikut :

  1. Menyediakan kawasan yang bersesuaian untuk aktiviti ternakan.
  2. Mengawal kemungkinan berlaku percanggahan guna tanah dan kegunaan bangunan di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.
  3. Memelihara dan mengawal alam sekitar
  4. Mengawal kemungkinan kacau ganggu terhadap harta benda, tanaman dan keteraman orang awam.



Garispanduan

Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap pembangunan aktiviti ternakan. Mengikut Kelas Kegunaan, Aktiviti ternakan adalah disediakan bagi kegunaan semua atau salah satu daripada tujuan berikut :

  1. Aktiviti perternakan atau
  2. Aktiviti yang berkaitan dengan kegunaan tersebut.


Oleh itu semua aktiviti ternakan perlu mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Kawasan persekitaran bagi aktiviti ternakan hendaklah di lanskapkan mengikut arahan dan nasihat Pihak MBI.
  2. Aktiviti ternakan dan aktiviti yang berkaitan dengannya mestilah mematuhi kelulusan perancangan dan pelan bangunan yang dikemukakan dan diluluskan oleh MBI.
  3. Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.
  4. Mematuhi syarat-syarat perhilitan.
  5. Menyediakan rawatan kumbahan mengikut kehendak jabatan Alam Sekitar sebelum ia disalirkan ke sumber-sumber air dan longkang awam.
  6. Ternakan udang daniIkan di Zon Industri dan Perdagangan hendaklah menggunakan tangki mudah alih.
  7. Kawasan ternakan hendaklah dipagar dan menggunakan hanya satu jalan keluar masuk yang sempurna.
  8. Sisa-sisa pepejal (Solid Waste) hendaklah diuruskan dengan sempurna oleh pengusaha.

Artikel Berkaitan