Taska & Tadika

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Iaitu mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjagaan kanak-kanak yang berumur sehingga empat tahun.

Taman Didikan Kanak-Kanak (TASKA)

Iaitu mana-mana premis yang menjalankan aktiviti pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur di antara 5 - 6 tahun.

Latarbelakang

Aktiviti Taman Asuhan dan Taman Didikan Kanak-kanak adalah merupakan satu aktiviti perkhidmatan sosial yang dianjurkan oleh orang awam sama ada secara individu, berkumpulan atau persatuan dan agensi kerajaan di premis persendirian. Pertumbuhan yang pesat aktiviti ini menunjukkan bahawa perkhidmatannya amat diperlukan oleh masyarakat setempat. Akibat daripada ini timbul beberapa masalah kacau ganggu di kawasan-kawasan perumahan di antaranya ialah :

Tujuan

Garispanduan aktiviti ini disediakan di atas sebab-sebab berikut :

Garispanduan

Setiap aktiviti Taman Asuhan atau Taman Didikan Kanak-kanak hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Aktiviti ini boleh dibenarkan dirumah sesebuah atau di rumah berkembar
  2. Rumah teres lot hujung boleh dipertimbangkan jika sekiranya tidak terdapat rumah berkembar atau sesebuah yang sesuai di kawasan tersebut.
  3. Tindakan merundingi jiran-jiran bersebelahan terlebih dahulu sebelumkelulusan diberikan.
  4. Mematuhi syarat – syarat Bomba
  5. Mematuhi syarat – syarat kesihatan
  6. Kebenaran merancang hanyalah bagi tempoh 1 tahun sahaja. Walaupun tempoh lanjutan kebenaran merancang boleh diberikan jika majlis berpuas hati dengan segala peraturannya telah dipatuhi.
  7. Bangunan awam seperti dewan orang ramai, surau dan seumpamanya juga boleh dipertimbangkan.
  8. Hanya satu aktiviti sahaja yang dibanrkan di satu jalan bagi setiap 0.2km
  9. Jumlah kanak-kanak yang dibenarkan mestilah mematuhi pelan kepadatan pembangunan seperti di dalam pelan struktur Ipoh.
  10. Mematuhi syarat-syarat bahagian lalulintas, kejuruteraan Majlis Bandaraya Ipoh.