Pusat Penjagaan
- Details
- Category: Garispanduan Pusat Jagaan
- Hits: 4449
Garis Panduan Kawalan Perancangan Pusat Penjagaan
Rumah Penjagaan yang merangkumi Rumah Penjagaan Orang Tua / Orang Cacat / Pesakit Otak. Aktiviti ini adalah bagi menyediakan penempatan kepada yangmemerlukan penjagaan dan kebajikan.
Perintah Am
Perintah Am Pembangunan
1. Aktiviti pusat jagaan -boleh dibenarkan di mana-mana kawasan berikut :-
- Zon kediaman terbuka hanya di premis kediaman sesebuah
- Zon perdagangan hanya di luar KPP
2. Aktiviti pusat jagaan juga boleh dipertimbangkan di manamana kawasan berikut :-
- Zon perdagangan
- Zon perdagangan terhad
- Zon perdagangan terhadminimumlot 1 ekar
- Zon industri
- Tapak hakmilik bangunan melebihi 1 ekar (kecuali rizab simpanan khas dan kawasan lapang)
- Zon kediaman terbuka di premis rumah berkembar
Garispanduan
Syarat-Syarat Kebenaran Merancang dan Tukar Kegunaan
- Pelan bangunan dikemukakan dan diluluskan oleh Pihak MBI untuk pembangunan baru atau sekiranya melakukan sebarang tambahan atau pindaan.
- Menyediakan lanskap buffer dan pokok-pokok bunga mengikut kelulusan MBI.
- Menyediakan keperluan Tempat Letak Kereta mengikut piawaian MBI.
- Kebenaran merancang hanya diberi dari setahun ke setahun.
- Semua pembangunan jenis ini perlu mematuhi ‘plinth area’ sebanyak 60%.
- Mematuhi ‘nisbah plot’ dan kawalan ketinggian yang ditetapkan di kawasan tersebut.
- Keluasan tapak hendaklah tidak kurang dari 10 000 kaki persegi.
- Aktiviti hanya dibenarkan beroperasi di rumah jenis sesebuah (banglo) atau dua rumah berkembar yang disatukan sahaja.
- Tidak ada pembangunan yang sama dalam jarak 200 meter radius.
- Bangunan awam seperti dewan orang ramai, surau dan seumpamanya juga boleh dipertimbangkan.
- Hanya satu aktiviti sahaja dibenarkan disatu jalan bagi setiap 0.4 km.
- Jumlah kanak-kanak yang dibenarkan mestilah mematuhi pelan kepadatan pembangunan seperti di dalam pelan struktur Ipoh.
- Mematuhi syarat-syarat bahagian lalulintas, Jabatan Kejuruteraan,Majlis Bandaraya Ipoh.