Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Garis Panduan Aktiviti Pusat Jagaan Ibu-Ibu Selepas Bersalin

Garis Panduan Aktiviti Pusat Jagaan Ibu-Ibu Selepas Bersalin di premis kediaman sediada.

  1. Aktiviti ini memerlukan kelulusan kebenaran merancang.
  2. Merundingi jiran bersebelahan.
  3. Mengemukakan Pelan bangunan untuk kelulusan Majlis sekiranya melibatkan sebarang tambahan atau pindaan kepada premis.
  4. Menyediakan keperluan tempat letak kereta pelawat di dalam kompaun premis.
  5. Keluasan tapak hendaklah tidak kurang dari 10,000 kaki persegi.
  6. Aktiviti hanya dibenarkan beroperasi di rumah jenis sesebuah  atau dua rumah berkembar yang dicantumkan.
  7. Tiada aktiviti di kelas yang sama dalam jarak 200 meter di jalan yang sama.
  8. Mendapat ulasan dan mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah.
  9. Mendapat ulasan dan mematuhi syarat-syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  10. Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Ipoh.
  11. Kelulusan Kebenaran Merancang adalah berdasarkan dari setahun ke setahun.
  12. Majlis berhak membatalkan kelulusan Kebenaran Merancang bila-bila masa tanpa membayar apa-apa pampasan kepada pemilik.