Institusi Berasrama
- Details
- Category: Garispanduan Pusat Jagaan
- Hits: 2031
Institusi berasrama merupakan aktiviti penempatan kediaman yang memerlukan elemen-elemen penjagaan kepada penghuninya. Aktiviti ini merupakan satu kemudahan masyarakat yang penting kerana ia merupakan penempatan kediaman dan penjagaan kepada mereka yang tua, cacat anggota, penagih, pesakit otak dan juga kepada mereka yang memerlukan rawatan serta penghuni sekolah berasrama, kolej dan pusat latihan.
Latarbelakang
Mengikut kelas kegunaan, Institusi Berasrama dapat dikelaskan kepada kategori berikut :
- Rumah Sakit
- Pusat Pemulihan/ Kem Tahanan/ Penjara.
- Rumah Orang Sakit Otak/ Cacat/ Tua.
- Institusi Pengajian Tinggi/ Sekolah berasrama/ Pusat Latihan.
- Rumah Anak Yatim.
Walaupun aktiviti yang disenaraikan ini adalah penting untuk menempatkan mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut tetapi sebahagian dari aktiviti ini mungkin akan menimbulkan beberapa masalah seperti berikut :
- Kacau ganggu dari segi kesesakkan lalu lintas, kebersihan dan kebisingan.
- Percanggahan dari segi kepadatan berbanding dengan kepadatan kediaman rendah.
- Menyebabkan susut nilai tanah yang berhampiran kerana kehilangan 'privacy'.
Tujuan
Garis panduan Institusi Berasrama ini disediakan atas sebab-sebab berikut :
- Menyediakan perkhidmatan masyarakat yang diperlukan oleh orang ramai selaras dengan pembangunan bandar.
- Menyediakan perkhidmatan masyarakat yang selesa, bersih dan lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan.
- Mengawal kemungkinan berlakunya kacau ganggu dari segi kesesakkan, kebisingan dan pencemaran hasil daripada aktiviti tersebut.
- Mengawal kepadatan aktiviti ini supaya tidak bercanggah dengan kepadatan persekitarannya.
- Mengawal supaya aktiviti ini tidak akan menyebabkan susutnilai tanah disekitar.
Garispanduan
Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawian terperinci mengenai Pembangunan Institusi Berasrama. Aktiviti ini adalah bagi menyediakan penempatan keapada mereka yang memerlukan rawatan, pemulihan, pendidikan dan kebajikan. Semua pembangunan Institusi Berasrama perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
- Pelan bangunan dikemukakan dan diluluskan oleh MBI untuk pembangunan baru atau sekiranya melakukan sebarang tambahan atau pindaan.
- Menyediakan lanskap mengikut kelulusan MBI.
- Mematuhi undang-undang kecil tempat letak kereta. Keperluan tempat letak kereta hendaklah disediakan sepenuhnya dan tidak dibenarkan diganti dengan membayar carauman.
- Aktiviti Institusi Berasrama yang beroperasi dalam rumah kediaman hanya akan diberi kebenaran merancang dari setahun ke setahun.
- Aktiviti Institusi Berasrama daripada kategori Instittusi Pengajian Tinggi / sekolah berasrama / pusat latihan tidak dibenarkandalam KPP mengikut Polisi Pelan Struktur.
- Aktiviti Institusi Berasrama daripada kategori insitusi pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama / pusat latihan mestilah menyediakan kemudahan padang permainan.
- Semua pembangunan di bawah kelas ini perlu mematuhi 'plinth Area' 60%.
- Mematuhi nisbah plot dan kawalan ketinggian yang ditetapkan bagi kawasan tersebut.