Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pembangunan Kediaman 'Townhouse'

Garispanduan

Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian dan syarat-syarat secara terperinci bagi pembangunan jenis 'townhouse'. Semua pembangunan kediaman 'townhouse' hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

 

Kawasan

Kawasan Pembangunan

Cadangan ini hanya dibenarkan di kawasan pembangunan jenis teres.

Keluasan

Ukuran keluasan lot minima adalah 24' x 80'.

Kepadatan

Mematuhi zon kepadatan Pelan Struktur Ipoh.


Ketinggian

Ketinggian maksimum yang dibenarkan adalah 2 tingkat.


Lorong Belakang

Tidak kurang dari 20 kaki.



Persempadanan

  1. Kawasan persempadanan penyelenggaraan yang jelas dan berpagar perlu disediakan bagi setiap unit walaupun ianya mempunyai hakmilik strata.
  2. Keluasan kawasan untuk diselengarakan oleh pemilik dibawah hakmilik yang sama perlu adil dan disempadankan seperti berikut :
  • Lot Tengah
  • Lot Tepi
  • Lot 'Fire Break'

Anjakan

Hadapan

Anjakan bangunan dari sempadan depan mestilah tidak kurang dari 30 kaki supaya boleh menempatkan sekurang-kurangnya 2 tempat letak kereta.



Belakang

Kawasan sempadan di bawah penyelenggaraan pemilik tingkat atas perlu dibina sepenuhnya di bahagian belakang bagi mengelakan masalah penyelenggaraan. Kawasan sempadan di bawah penyelenggaraan pemilik tingkat bawah boleh dikosongkan mengikut keperluan kawasan lapang dan ruang pengudaraan.



Tepi

Anjakan tepi daripada sempadan jalan adalah 20 kaki dan anjakan tepi daripada garisan pemisah api adalah 10 kaki.



Keluasan Lantai

Keluasan ruang lantai minima yang dibenarkan adalah 800 kp seunit.



Rekabentuk Bangunan

Tangga
Tangga bagi pemilik tingkat atas mestilah dalam ruang bertutup.

'Porch'
'Porch' mestilah dibina di tengah sempadan lot pemilik tingkat atas dan bawah yang berukuran 8 kaki lebar.

Dapur
Kedudukan dapur bagi pemilik tingkat bawah tidak diletakan di bawah bilik tidur pemilik tingkat atas.

Bahan Binaan
Lantai bangunan tingkat atas mestilah diperbuat daripada konkrit.

Tambahan dan pindaan
Tambahan dan pindaan tidak dibenarkan kepada bangunan sedia ada.
Sebarang baik pulih kepada bangunan sedia ada hendaklah mengikut rekabentuk asal