Pembangunan Rumah Pangsa
- Details
- Category: garispanduan kediaman
- Hits: 3777
Rumah pangsa merupakan pembangunan kediaman berkelompok di mana setiap pemilik dapat hak milik secara individu bagi setiap pemilik dapat hakmilik secara individu bagi setiap unit kediaman tetapi tapak kawasan tersebut serta kemudahan lain dimiliki bersama oleh semua pemilik kediaman tersebut adalah merupakan pembangunan untuk memaksimumkan pembangunan tanah. Pembangunan kediaman jenis pangsa ini adalah merupakan pembangunan untuk memaksimumkan pembangunan tanah.
Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci mengenai pembangunan rumah pangsa. Pembangunan rumah pangsa perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
Kepadatan
Jenis Kediaman | Harga Jualan (RM) | Keluasan Tepubina | Kepadatan Maksimum |
Rumah pangsa Kos Rendah | 50,001 - 100000 | 801 - 1000 kp | 50 unit seekar |
Rumah pangsa kos sederhana rendah | 25,001 - 50000 | 601 - 800 kp | 60 unit seekar |
Rumah pangsa kos sederhana | 50,001 - 100000 | 801 - 1000 kp | 50 unit seekar |
Rumah pangsa kos tinggi | 100,000 ke atas | 1000 kp ke atas | 40 unit seekar |
Kawasan yang dizonkan untuk rumah teres dan tidak dizonkan | 100,000 ke atas | 1000 kp ke atas | 40 unit seekar |
Kawasan rumah berkembar | 100,000 ke atas | 1000 kp ke atas | 32 unit seekar |
Kawasan rumah banglo | 100,000 ke atas | 1000 kp ke atas | 24 unit seekar |
Keperluan TLK
Keperluan tempat letak kereta.
Rumah pangsa kos rendah
1 ruang tempat letak kereta bagi setiap 3 unit = 10% untuk pelawat + 1 tempat letak motosikal bagi setiap 2 unit
Rumah pangsa kos sederhana rendah
1 tempat letak kereta bagi setiap 2 unit + 10% untuk pelawat + 1 tempat letak motosikal bagi setiap 2 unit.
Rumah pangsa kos sederhana
1 tempat letak kereta bagi setiap unit + 20% untuk pelawat. Satu tempat letak motosikal bagi setiap empat unit.
Keperluan tempat letak kereta hendaklah disediakan sepenuhnya dan tidak boleh diganti dengan membayar caruman ganti tempat letak kereta.
K.Lapang
Kawasan Lapang Bersama.
Seluas 30 % daripada keluasan bersih tapak hendakklah disediakan sebagai kawasan lapang bersama.
Keluasan bersih tapak :
Bermaksud kawasan tapak kecuali kawasan-kawasan yang disediakan untuk jalan awam baru, rizab perlebaran jalan dan rizab perparitan dan lain plot yang perlu di serahkan kepada pihak berkuasa tempatan adalah termasuk sekali di dalam keluasan bersih tapak.
Kawasan lapang Bersama :
Bermaksud taman dan kawasan-kawasan lanskap dalam sekitar kawasan yang dibangunkan dan mudah sampai oleh semua penghuni yang tinggal dalam pembangunan tersebut dan lain-lain kemudahan rekreasi terbuka tetapi tidak termasuk kawasan yang disediakan sebagai 'drive way' persendirian, tempat letak kereta, pencawang elektrik, tangki najis dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Luas minimum
Keluasan tapak minimum.
Keluasan minimum tapak yang dibenarkan untuk pembangunan ini adalah 1 ekar (seperti dalam hakmilik sah). Bagi tanah yang kurang dari 1 ekar dan pembangunan rumah pangsa dibenarkan, pembangunan jenis ini boleh dipertimbangkan dan kepadatan yang lebih rendah.