Homestay
- Details
- Category: garispanduan kediaman
- Hits: 2958
Garis Panduan Kawalan Perancangan Homestay
LatarBelakang
- Homestay adalah satu program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar. Program ini diwujudkan bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan.
- Mengikut takrifannya, homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia secara langsung.
- Secara umumnya, konsep ini adalah sama sepertimana konsep keluarga angkat yang biasanya dianjurkan untuk pelajar-pelajar dan belia di negara ini. Walaubagaimanapun, bagi program homestay ini, bayaran minimum akan dikenakan kepada pelancong yang menyertainya.
Matlamat
Matlamat utama program ini diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan adalah bagi menawarkan satu produk alternatif kepada para pelancong tempatan dan asing yang mana ianya menawarkan perkhidmatan hospitaliti yang cemerlang dengan harga yang kompetitif.Lain-lain matlamat adalah seperti berikut :-
- Satu usaha pembasmian kemiskinan di kalangan masyarakat desa.
- Melahirkan usahawan pelancongan di peringkat desa.
- Mempertingkatkan integrasi kaum.
- Membuka peluang-peluang perniagaan yang baru dalam konteks setempat.
Objektif
Objektif Program
Program ini dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut :-
- Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar melalui penyertaan di dalam industri pelancongan.
- Menjayakan agenda menjadikan Malaysia sebagai Destinasi Utama Pelancongan Dunia.
Syarat
Syarat PenyertaanKementerian Pelancongan telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi menjalankan program ini iaitu :-
- Warganegara Malaysia.
- Bersifat sukarela.
- Bebas daripada jenayah.
- Bebas daripada penyakit berjangkit.
- Mempunyai saiz rumah yang sesuai, kemas, bersih dan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.
- Mempunyai bilik tidur yang sesuai (minimum 1 bilik tidur, maksimum 3 bilik tidur).
- Tandas yang bersih dan berfungsi dengan baik.
- Penyediaan makanan yang bersih.
- Kemudahsampaian (darat / sungai).
- Lanskap kampung yang cantik, bersih dan bebas dari pencemaran.
- Program secara berkumpulan (Community Tourism) di mana bilangan minimum peserta adalah seramai 6 orang (rumah).
- Lokasi tersebut mempunyai produk pelancongan, paparan nilai estetik, kehidupan dan kebudayaan setempat.
- Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.
Mengikut rekod di Pejabat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak terdapat beberapa kawasan yang telah menjalankan
program ini di Negeri Perak, di antaranya ialah :-
- Homestay Agrotourism Bukit Gantang.
- Homestay Bagan Datoh.
- Homestay RISDA Selama.
- Homestay FELDA Sungai Klah.
- Homestay Sungai Itik Gopeng.
- Homestay Pengkalan Hulu.
Garispanduan
Garis Panduan Homestay
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :-
- Aktiviti ini hanya dibenarkan di kawasan Kampung Tersusun, Kg. Baru dan Kampung Tradisional.
- Aktiviti ini tidak dibenarkan di kawasan skim perumahan.
- Mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang dari Majlis Bandaraya Ipoh.
- Sekiranya premis melibatkan kerja-kerja ubahsuaian bangunan, kelulusan pelan pindaan hendaklah didapati terlebih dahulu dari Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Ipoh.
- Mematuhi syarat-syarat Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Ipoh.
- Hanya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pelancongan dibenarkan.
- Mematuhi syarat-syarat Kementerian Pelancongan iaitu:-
- Warganegara Malayisa.
- Bersifat sukarela.
- Bebas daripada jenayah.
- Bebas daripada penyakit berjangkit.
- Mempunyai saiz rumah yang sesuai, kemas, bersih dan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air.
- Mempunyai bilik tidur yang sesuai (minimum 1 bilik tidur, maksimum 3 bilik tidur).
- Tandas yang bersih dan berfungsi dengan baik.
- Penyediaan makanan yang bersih.
- Kemudahsampaian (darat / sungai).
- Lanskap kampung yang cantik, bersih dan bebas dari pencemaran.
- Program secara berkumpulan (Community Tourism) di mana bilangan minimum peserta adalah seramai 6 orang (rumah).
- Lokasi tersebut mempunyai produk pelancongan, paparan nilai estetik, kehidupan dan kebudayaan setempat.
- Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.