Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Gated Community

Garis Panduan Kawalan Perancangan Komuniti Berpagar Atau Gated Community

Garis Panduan Dan Syarat.

  1. Pihak pemaju hendaklah melantik atau menubuhkan ManagementCoorporation.
  2. Menandatangani perjanjian antara Management Corporation dengan pihak Majlis Bandaraya mengenai perjanjian pajakan jalan termasuklah penyelenggaraan jalan, perparitan, lampu jalan dan lain-lain yang berkaitan.
  3. Menyediakan kontrak perjanjian bagi kaedah pungutan sampah untuk persetujuan pihakMajlis Bandaraya Ipoh.
  4. Menyediakan kemudahan-kemudahan seperti rumah pengawal dan pejabat pentadbiran untuk Management Corporation.
  5. Reka bentuk di dalampelan susunatur perlu mengambilkira jalan utama bagi lot tanah bersebelahan atau lot tanah di belakang kawasan gated community supaya aspek hak laluan awam boleh diambilkira.
  6. Rekabentuk  pagar tidak boleh menghalang laluan awam sedia ada atau taman, laluan air, sekolah, pusat komuniti atau mana-mana kemudahan awam.

  7. Mempunyai laluan “U turn” untuk kenderaan yang tidak boleh memasuki kawasan tersebut.

  8. Mematuhi mana-mana syarat yang berkaitan di dalam Garis Panduan Pembangunan Rumah Kediaman yang digunapakai oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

  9. Mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh IWK, TNB, LAP dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pembangunan tersebut.