Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Pembangunan Rumah Kediaman

Bangunan kediaman meliputi kawasan-kawasan pembangunan seperti di sekim perumahan, Rancangan Perkampungan Tersusun, Perkampungan Tradisi, Kampung-kampung Baru dan lot-lot persendirian. Pembangunan jenis sekim perumahan akan dimajukan oleh pihak swasta ataupun Sektor Awam/ Agensi Kerajaan. Rumah kediaman merupakan keperluan asas. Jika pertumbuhannya tidak dikawal akan mendatangkan kesan negatif dalam usaha Majlis mengurangkan ketidakseimbangan antara kawasan perdagangan dan perumahan.


Latarbelakang

Garis panduan ini di adakan untuk memastikan pembangunan kediaman mematuhi piawaian fizikal infrastruktur serta emeniti yang dapat menjamin keselesaan penduduk dan juga kesejahteraan keseluruhan persekitaran kawasan kediaman. Rumah kediaman ini diklasifikasikan mengikut kepadatan berikut :

a. Rumah Teres

  1. Rumah teres kos rendah
  2. Rumah teres kos sederhana rendah
  3. Rumah teres kos sederhana
  4. Rumah teres kos sederhana tinggi
  5. Rumah teres kos tinggi

b. Rumah Berkembar

  1. Rumah Kembar Kos rendah
  2. Rumah berkembar kos sederhana

c. Rumah Berkelompok

d. Rumah Banglo

  1. Rumah Banglo kediaman terbuka
  2. Rumah sesebuah
  3. Perkampungan tersusun
  4. Perkampungan Baru

e. Rumah Pangsa

  1. Rumah pangsa kos rendah
  2. Rumah pangsa kos sederhana rendah
  3. Rumah pangsa kos sederhana
  4. Rumah pangsa kos sederhana tinggi/apartment
  5. Rumah pangsa kos tinggi/Kondominium

 

Garispanduan


Garis panduan ini adalah untuk menyediakan piawaian yang terperinci terhadap pembangunan rumah kediaman. Pembangunan rumah kediaman perlu mematuhi garispanduan-garispanduan berikut :



Pelan Cadangan

  1. Pelan Susunatur hendaklah dikemukakan dan mendapat kelulusan daripda Majlis. Pembangunan yang melebihi 2 hektar hendaklah dikemukakan oleh jururancang Bertauliah.
  2. Pembangunan sekim perumahan dikehendaki mengemukakan 'planning brief'.

Pelan P.U.

Pelan P.U. hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Majlis. Kerja Ukur Sempadan hendaklah dijalankan mengikut pelan P.U yang diluluskan.


Jalan Masuk

Semua pembangunan kediaman perlu mempunyai jalan masuk yang sah kecuali pembangunan kediaman individu di kampung tradisi yang boleh dipertimbangkan sekiranya mematuhi cadangan susuatur yang dipakai oleh Majlis.


Hirarki Jalan

Semua pembangunan perlu mempunyai hirarki jalan seperti berikut :

  1. Jalan Utama 66'
  2. Jalan susur perkedaian 50'
  3. Jalan susur perumahan 40'
  4. 'Cul-de-Sac' : 40' dengan 'hamer head' berukuran 50' (jaraknya dari jalan tidak boleh melebihi 150').

Lorong Belakang

  1. Semua pembangunan kediaman jenis teres perlu menyediakan minimum lorong belakang berukuran 20'.
  2. Pembangunan kediaman jenis berkembar dan banglo hanya perlu menyediakan ruang legar 20' di antara bangunan.

Ukuran minimum lot kediaman

Jenis mewah dan sederhana,

  1. Sesebuah/banglo - 4500 kp minimum (50'x90')
  2. berkembar - 2800 kp minimum (40'x70')
  3. Teres - 1400 kp minimum (20'x70')
  4. rumah berkelompok
  5. rumah pangsa - 1 -ekar rujuk garispanduan rumah pangsa
  6. kondominium - 2 ekar -rujuk garis panduan kondominium

Rumah kos rendah dan perkampungan tersusun.

  1. Lot Kampung Tersusun - 45'x85'
  2. Berkembar Kos rendah
  3. Teres Kos Rendah 16'x60'
  4. Rumah pangsa kos rendah - 1 ekar -rujuk garispanduan rumah pangsa

- Semua pembangunan lot hujung bagi banglo dan berkembar yang bersebelahan dengan jalan dikehendaki menyediakan kelebaran tambahan 10' dan kelebaran tambahan 20' bagi teres sebagai anjakan daripada sempadan tepi.
- Ukuran lebar 10' tambahan juga diperlukan bagi rumah teres yang berfungsi sebagai 'fire break'.

Panjang Barisan

  1. Deretan barisan kediaman di antara 200' hingga 250' hendaklah menyediakan 'fire break'.
  2. Deretan bariasan kediaman yang melebihi 250' hendakalah menyediakan lorong tepi.

Kawasan Lapang

Kediaman jenis mewah dan sederhana.

  1. Rumah teres dan pembangunan campuran - 10%.
  2. Rumah berkembar - 7%
  3. Rumah banglo - 5%
  4. Rumah berkelompok
  5. Rumah pangsa - 305 'communal open space' -rujuk garispanduan untuk rumah pangsa.
  6. Kondominium - 30% 'cammunal open space' -rujuk garis panduan untuk kondominium.
  7. Lot Banglo melebihi 1/4 ekar - tidak dikenakan syarat penyediaan kawasan lapang.

Rumah kos rendah dan perkampungan tersusun.

  1. Rumah teres kos rendah - 15%
  2. Rumah berkembar kos rendah - 10%
  3. Kampung tersusun - 10%
  4. Rumah pangsa kos rendah - 30% 'cammunal open space' (rujuk garispanduan rumah pangsa).

- Tanah lapang hendaklah dirata, ditanam rumput dan pokok-pokok yang sesuai dan dipasang dengan alat permainan kanak-kanak yang diluuskan oleh Majlis. Tanah lapang tersebut hendaklah diserah dan dikawal oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
- Perletakkan tanah lapang digalakkan supaya dipusatkan ditempat yang sesuai dan mudah sampai daripada seluruh pembangunan.
- Pembangunan yang melebihi 15 ekar hendaklah menyediakan satu kawasan lapang mengikut saiz padang bola.

Rizab Simpanan Khas

  1. Pembangunan 100 - 500 unit rumah - 2% daripada keluasan tapak.
  2. Pembangunan 501-1000 unit rumah - 3% daripada keluasan tapak.
  3. Pembangunan 100 unit ke atas - 4% daripada keluasan tapak

- Rizab simpanan yang disediakan perlu dirata, diserah dan dikawal oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
- Penggunaan rizab simpanan khas adalah untuk kegunaan awam yang akan ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh mengikut keperluan semasa.
- Kegunaan rizab simpanan khas akan diberi keutamaan untuk dewan, surau pasar dan lain-lain mengikut kesesuaian.

Sistem Pembentungan

Sekim perumahan yang melebihi 30 unit perlu menyediakan rizab kumbuhan berpusat.
Pengecualian boleh diberi terhadap sekim permohonan jenis sesebuah yang tidak dapat menyediakan keperluan ini.
Keluasan rizab pembentungan yang diperlukan adalah mengikut piawaian berikut :

  1. Perlu rujuk IWK.
  2. Pemaju perlu menjelaskan bayaran 'sewerage Improvement Fund' mengikut kadar RM 4000.00 bagi setiap ekar.

Perkedaian

  1. Menyediakan kemudahan rumah kedai tidak melebihi 7% daripda jumlah unit yang dicadangkan.
  2. Pembangunan kediaman yang melebihi 100 unit dan tidak terdapat pembangunan pekedaian di kawasan berdekatan digalakkan menyediakan kemudahan tersebut.

Kemudahan Pendidikan

Sekim perumahan yang melebihi 1000 unit dikehendaki menyediakan rizab sekolah seluas 5 ekar dan hendaklah diserahkan.
80 % daripada keluasan rizab sekolah tersebut boleh dikira sebagai sebahagian rizab kawasan lapang yang perlu disediakan.


Tangki Air

Rizab tangki air hendaklah disediakan mengikut kehendak L:embaga Air Perak.


Rizab Tenaga Nasional Berhad.

Rizab Pencawang Elektrik dan talian Elektrik hendaklah disediakan mengikut kehendak TNB.
Rizab pencawang elektrik berukuran sekurang-kurang 45'x45' hendaklah disediakan bagi sekim perumahan yang melebihi 200 unit.


Zon Pemisah

Zon hijau berukuran 66' perlu disediakan jika bersempadan dengan Industri.
Zon pemisah berbentuk jalan susur 50' dengan lanskap perlu disediakan jika bersempadanan dengan lebuhraya.

Landskap

Cadangan landskap hendaklah dikemukakan dan ditanam dengan pokok-pokok yang sesuai mengikut kelulusan MBI.


Rizab Longkang

Rizab longkang hendaklah disediakan mengikut kehendak JabatanKejuruteraan.


Nama Sekim

Nama Sekim Perumahan hendaklah mendapat persetujuan MBI dan mematuhi garis panduan penamaan sekim perumahan.

Keluasan Tepubina bangunan

  1. Rumah kos rendah - minima 450 kp.
  2. Rumah kos sederhana rendah - 601-800 kp
  3. Rumah kos sederhana - 801-1000 kp
  4. Rumah kos tinggi - 1000 kp
  5. Kondominium - (rujuk garispanduan kondominium)

Rekabentuk

  1. Reka bentuk bangunan mestilah sesuai untuk tujuan kediaman dan mempunyai bilik tidur, ruang tamu, dewan makan, dapur dan tandas.
  2. Rekabentuk di bahagian hadapan tidak boleh menggunakan 'roller shutter' ndan 'collapsible step door' kerana menyerupai ciri-ciri rumah kedai.
  3. 'Porch' yang dalamnya berukuran di antara 10' hingga 16' hendaklah disediakan kecuali bagi pembangunan rumah kos rendah.

Garisan Bangunan

  1. Jarak di antara bahagian hadapan bangunan dengan sempadan lot mestilah tidak kurang dari 20'.
  2. Jarak di antara bahagian hadapan bangunan dengan sempadan lot yang menghadap jalan 132' mestilah tidak kurang dari 40'.


Kawasan sekeliling bangunan.

Anjakan tepi

  1. Anjakan tepi berukuran 10' daripada sempadan bersama dan 20' daripada sempadan jalan hendaklah disediakan.
  2. Kelonggaran sehingga anjakkan 7' boleh dipertimbangkan bagi rumah sesebuah sekiranya keluasan lot adalah kecil dan ukuran lebar bangunan tidak melebihi 25'.
  3. Jarak di antara bangunan bagi rumah pangsa dan kondominium di dalam lot yang sama mestilah tidak kurang dari 60'.

Anjakkan Belakang

  1. Jarak ruang legar 20' di bahagian belakang perlu disediakan di antara 2 bangunan.
  2. Semua bangunan yang tidak mempunyai lorong belakang perlu menyediakan anjakan 10' daripada sempadan.
  3. Tambahan bahagian belakang tidak dibenarkan bagi rumah kos rendah.

Ketinggian Bangunan

  1. Ketinggian maksimum rumah teres dan banglo adalah 2 tingkat. Bagaimanapun tambahan tingkat dalam bentuk loteng adalah dibenarkan.
  2. Ketinggian rumah pangsa dan kondominium dalah tertakluk kepada kawalan nisbah plot dan kawasan 'plinth'.
  3. Ketinggian rumah sesebuah sehingga 3 tingkat boleh dibenarkan di atas lot yang melebihi 1/4 ekar. Bagi rumah sesebuah di atas tapak yang kurang dari 1/4 ekar boleh dipertimbanagkan sekirannya di bina dalam bentuk 'split level' mengikut keadaan tapak.

Unjuran

  1. Unjuran 'porch' mestilah mempunyai anjakkan sekurang-kurangnya 10' daripada sempadan lot.
  2. Unjuran anjung mestilah mempunyai anjakan 10' daripada sempadan dan hanya dibenarkan di bahagian atas porch sahaja. Anjung di bahagian tepi hanya dibenarkan setengah daripada ukuran panjang bangunan tersebut.
  3. Unjuran bumbung mestilah tidak melebihi 6' panjang.
  4. Verendah mestilah mempunyai anjakkan 10' daripda sempadan lot.
  5. Semua unjuran di atas lorong belakang dan lorong tepi tidak boleh melebihi 1.5'.

Pagar

  1. Ketinggian pagar maksimum bagi rumah teres dan berkembar adalah 5' tinggi.
  2. Ketinggian pagar maksimum bagi rumah sesebuah adalah 6' tinggi.
  3. Pagar di bahagian belakang bagi rumah teres yang mempunyai lorong belakang berukuran 10' atau kurang mestilah dari jenis 'claim-linnk' sahaja.

Tempat Letak Kereta

Pembangunan Kediaman jenis rumah pangsa dan kondominium mestilah menyediakan keperluan tempat letak kereta mengikut garispanduan pembangunan rumah pangsa dan garispanduan pembangunan kondominium.