Keperluan Tempat Meletak Kereta
- Details
- Hits: 6941
Kegunaan Tanah / Bangunan dan KeperluanTempat Meletak Kereta (TLK)
Rumah Pangsa
Rumah pangsa kos rendah
1 ruang tempat letak kereta bagi setiap 3 unit = 10% untuk pelawat + 1 tempat letak motosikal bagi setiap 2 unit
Rumah pangsa kos sederhana rendah
1 tempat letak kereta bagi setiap 2 unit + 10% untuk pelawat + 1 tempat letak motosikal bagi setiap 2 unit.
Rumah pangsa kos sederhana
1 tempat letak kereta bagi setiap unit + 20% untuk pelawat. Satu tempat letak motosikal bagi setiap empat unit.
Keperluan tempat letak kereta hendaklah disediakan sepenuhnya dan tidak boleh diganti dengan membayar caruman ganti tempat letak kereta.
Perniagaan
- Bangunan perniagaan,
- Pejabat,
- Bangunan Bank,
- Kedai dan rumah kedai,
- Komplek perniagaan,
- Bilik pameran.
- 1 tempat meletak kereta bagi setiap 1000 kaki persegi ruang lantai.
Nota: Bangunan Kedai dan rumah kedai yang dibina di atas lot kedai di luar dari 'Central Commercial Area' , tiada keperluan TLK bagi 2 tingkat yang pertama.
Restoran, Bar, Cafe, Coffee House, Kedai Kopi, Kelab Malam, 'Dance Hall'.
- 1 TLK bagi setiap 250 kaki persegi ruang lantai.
Hotel / Hostel
Hotel, Rumah Penginapan dan Hostel.
1. Bilik Tidur
- 1 TLK bagi setiap 3 bilik tidur untuk 60 bilik tidur yang pertama.
- 1 TLK bagi setiap 5 bilik tidur untuk jumlah bilik tidur seterusnya.
2. Ruang beli-belah / 'Commercial Office'
- 1 TLK bagi setiap 1500 kaki persegi ruang lantai.
3. Ruang makan restoran / Kelab Malam / Discotheques / Public Bar / Cocktail Lounge / Cafeterias Grill rooms.
- 1 TLK bagi setiap 250 kaki persegi ruang lantai.
4. Conference Hall / Auditorium / Seminar Rooms / Theatrettes / Exhibits on halls / Displays Galleries.
- 1 TLK bagi setiap 1000 kaki persegi ruang lantai.
5. Auditorium and Assembly Halls (including assembly halls for clubs, association buildings, etc)
- 1 TLK bagi setiap 150 kaki persegi ruang lantai.
Sempadan Pusat Bandar.