Laman Bermaklumat

Jabatan Perancangan Bandar

Piawaian dan polisi

PIAWAI / POLISI PERANCANGAN

 

PENGENALAN


Planning Standard atau piawaian perancangan dan garispanduan/polisi berkaitan perancangan adalah dikaitkan dengan matlamat perancangan itu sendiri yang pada dasarnya untuk :-

  1. Mengawal dan menggalakkan pembangunan dengan mengambilkira kesesuaian fizikal,budaya,kesejahteraan sosial disamping meningkat kualiti kehidupan penduduk.
  2. Memelihara dan melindungi sumber-sumber semulajadi,mengawal perubahan persekitaran serta kegunaan tanah supaya perubahan atau pencapaian material tidak membelakangkan persekitaran semulajadi kita.
  3. Menggalakkan dan menggunakan sumber-sumber awam dan persendirian untuk memenuhi kehendak-kehendak dan inspirasi masyarakat melalui perlaksanaan program-program yang disediakan.


Piawai dan polisi perancangan ini adalah satu set garispanduan yang rasional yang digunapakai oleh pihak Perancang Bandar sebagai rujukan dalam menyedia dan menimbangkan pelan-pelan cadangan.Ia digunakan untuk menunjukkan di mana dan bagaimana sesuatu pembangunan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Piawai/polisi juga pada asasnya menitikberatkan penggunaan dan penyediaan  ruang (space) bagi keperluan sesuatu masyarakat setempat itu supaya ianya dapat berfungsi secara betul dan selesa.

 

MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN


Pada awal 1980,pihak Jabatan Perancang Bandar Persekutuan (Ibu Pejabat) telah menyediakan satu set piawaian bagi tujuan penyeragaman di samping piawaian yang sedia ada yang digunakan oleh Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan.Biasanya piawaian-piawaian ini berbeza dari tempat ke satu tempat dan ianya juga berubah dari masa ke semasa bergantung pada keadaan dan juga situasi.

Dengan tiadanya penyeragaman,ianya banyak mendatangkan masalah dan kekeliruan di antara Juruperunding dan Pemaju-Pemaju yang berurusan dengan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan yang terbabit.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan pembaziran masa dalam proses menyedia serta meminda pelan-pelan,satu keperluan piawaian yang seragam telah dipersetujui,Satu Jawatankuasa Khas untuk penggubalan piawaian ini telah ditubuhkan di peringkat Persekutuan dalam bulan Disember 1980.

Piawaian tersebut telah merangkumi :-

  1. Perumahan
  2. Perdagangan
  3. Industri
  4. Kawasan Lapang
  5. Kemudahan Awam/Masyarakat
  6. Jalan
  7. Tempat Letak Kereta
  8. Simpanan Pembentungan
  9. Tanah Perkuburan
  10. Stesen Minyak

Artikel Berkaitan