Pindaan pada Borang KM 11
Monday, 13 February 2012 12:36
ISO MS 9001-2008 | Pindaan 4 - 01 Jan 2012
Beberapa pindaan telah dibuat kepada borang KM 11 iaitu;
Pindaan 1
m/s : 3 , Bahagian 1 : perkara B (1) - Pelan (KM) Mendirikan Bangunan
Kediaman Sesebuah, kilang, Bengkel, Kedai Pejabat, Industr Kecil, Bangunan Warisan – pelan dilukis dengan skala 1:100
Read more...
Pindaan dan ubahsuai bangunan yang minima.
Monday, 13 February 2012 11:35
Bagi cadangan tambahan dan ubahsuai bangunan dengan pindaan yang minima pada bangunan seperti contoh di bawah,
1. Pindaan rekabentuk dalaman dan kemasan.
2. Pindaan tanpa pertambahan keluasan ruang lantai.
3. Pindaan tanpa melibatkan anjakan bangunan dan pertambahan tempat letak kereta.
perlu melalui permohonan Kebenaran Merancang Mendirikan Bangunan dengan Fi yang dikenakan adalah minima RM50 bagi satu unit.
(rujuk jadual -Fi Permohonan Kebenaran Merancang / Borang JPPB / KM / 2010.
Bagi cadangan tambahan dan ubahsuai bangunan dengan pindaan yang minima pada bangunan seperti,
- Pindaan rekabentuk dalaman dan kemasan.
- Pindaan tanpa pertambahan keluasan ruang lantai.
- Pindaan tanpa melibatkan anjakan bangunan dan pertambahan tempat letak kereta,
perlu melalui permohonan Kebenaran Merancang Mendirikan Bangunan dengan Fi yang dikenakan adalah minima RM50 bagi satu unit.(rujuk jadual -Fi Permohonan Kebenaran Merancang / Borang JPPB / KM / 2010.
Permohonan di kawasan Zon Warisan
Wednesday, 11 January 2012 11:07
Keperluan Pendaftaran di kaunter OSC oleh pihak Pemohon (PSP/SP) untuk proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Mendirikan Bangunan di Zon Warisan Bersejarah Dan Pembangunan Bertema Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2020 (RTMBI2020).
Pemohon PSP/SP dikehendaki mematuhi syarat-syarat Teknikal seperti berikut dengan mengemukakan :-
1. Lima (5) Salinan Pelan Mendirikan Bangunan ( Zon Warisan ) a. Pelan Mendirikan Bangunan (Zon Warisan ) dilukis mengikut skala 1 : 100 atau setara mengikut skala yang bersesuaian dengan keluasan tapak b. Pelan diwarnakan dan membezakan antara kerja-kerja perobohan, pengekalan dan cadangan tambahan
c. Pelan perlu menunjukkan dengan jelas Garisan Sempadan Lot ( Boundry Line ), Garisan Bangunan (Building Line), Garisan Hujung Bumbung (Roof Eave Line), Anjakan Bangunan Dari Sempadan Jalan dan sempadan lot.
2. Dua (2) Perenggu Salinan Pelan Bangunan yang mengandungi :- a. Pelan lantai bawah, tingkat 1,2,3 dan Pelan Bumbung b. Pandangan Hadapan dan Belakang ( pelan dilukis lengkap dengan dua buah bangunan bersebelahan ) c. Pandangan Tampak Kiri dan Pandangan Tampak Kanan ( Corner Lot dan End Lot ) d. Keratan Memanjang e. Keratan Melintang f. Salinan Pelan Bangunan Asal ( Jika ada )
3. Satu (1) Laporan Bergambar ( Foto Bangunan Sedia Ada di tapak ) a. Foto Pandangan Hadapan ( termasuk bangunan bersebelahan sisi kiri dan kanan ) b. Foto Pandangan Belakang (termasuk bangunan bersebelahan sisi kiri dan kanan) c. Foto Pandangan Tampak Kiri dan Pandangan Tampak Kanan ( Corner Lot dan End Lot ) d. Foto Pandangan Dalaman Tingkat Bawah e. Foto Pandangan Dalaman Tingkat Atas f. Foto Pintu, Tingkap, Tiang, Tangga sediada termasuk bilangannya g. Foto Butiran Hiasan Indah (Decorative Elements) h. Foto Bangunan Asal (jika ada )
4, Satu (1) unit CD yang mengandungi : a. Softcopy format Autocad - Pelan Mendirikan Bangunan b. Softcopy format Autocad - Pelan Bangunan c. Softcopy - Laporan Bergambar ( Foto Bangunan sediada di tapak )
5. Pengesahan dari Jurutera Perunding mengenai Struktur Bangunan.
6. Mencatatkan Syarat-syarat Am dan Syarat –syarat Khas di setiap Pelan Mendirikan Bangunan (Zon Warisan):
SYARAT-SYARAT AM :-
1. Mematuhi Pelan Mendirikan Bangunann bil. …………………
2. `Platform level’ tapak bangunan hendaklah tertakluk kepada Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bangunan, MBI.
3. Sistem perparitan cadangan hendaklah disambungkan dan disalirkan ke sistem perparitan yang sediada. (Rujuk kepada Jabatan Kejuruteraan, MBI )
4. Mematuhi Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).
5. Mematuhi semua kehendak dan polisi jabatan-jabatan teknikal.
6. Tanda pancang hendaklah disediakan oleh perunding / jurukur berlesen sebelum bangunan dibina.
7. Nombor Kebenaran Merancang (KM) hendaklah dicatitkan dan dipamerkan di atas papan tanda pembinaan.
8. Sebarang pemajuan tidak dibenarkan sebelum Pelan Pembangunan diluluskan.
9. Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Mendirikan Bangunan ini diberikan dalam tempoh dua belas (12) bulan mulai ….………………………….hingga.……..…………………… (Seksyen 24 Akta 172).
10. Sesuatu Kebenaran Merancang (KM) akan luput apabila Borang B (UBBL) dikemukakan dan pemajuan telah dimulakan atau tamat tempoh Kebenaran Merancang.
11. Perlanjutan Kebenaran Merancang hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum tamat tempoh.
12. Rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan Negeri Perak seperti alamat di bawah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh keputusan ini dikeluarkan (Seksyen 23 Akta 172).
Pendaftar,Lembaga Rayuan Negeri Perak,
d/a: Jabatan Perancang Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan,
Tingkat 7, Kompleks Pejabat Kerajaan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
SYARAT-SYARAT KHAS :-
1. Ruang tempat letak kereta hendaklah disediakan mengikut Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kenderaan Majlis 1990 sebanyak ……………….unit
2. Tidak dibenarkan kenderaan diletakkan atau disimpan dibahu-bahu jalan.
3. Fasad :
i. Fasad bangunan hendaklah mengikut rekabentuk fasad asal
ii. Bumbung dengan rekabentuk asal bercerun, cement tile, warna terra cotta
4. Papan Iklan :
i. Tidak boleh menutupi fasad dan elemen yang bercirikan warisan. Tidak boleh diletakkan di balkoni pintu dan tingkap.
ii. Pada bahagian hadapan bangunan hendaklah seragam dan berukuran 1219 mm (4’) tinggi dan kelebaran mengikut kelebaran lot.
iii. Pada sisi tiang hendaklah seragam dan berukuran 991 mm x 102 mm.
5. Sistem Hawa Dingin :
i. Sistem hawa dingin tidak boleh diletakkan pada fasad bangunan
6. Tiang :
i. Tiang bangunan hendaklah dikekalkan.
Untuk makluman pembaikan major / extensive 50% tambahan dan pindaan atau mengubah bentuk asal komponen warisan adalah tidak dibenarkan dan hendaklah merujuk Garis panduan Terperinci Warisan Sejarah Majlis Bandaraya Ipoh.
*** Atau sila datang ke tingkat 6, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh, bagi mendapatkan penjelasan.yang lebih lanjut dari Pegawai bertugas.
Pemohon PSP/SP dikehendaki mematuhi syarat-syarat Teknikal seperti berikut dengan mengemukakan :-
1. Lima (5) Salinan Pelan Mendirikan Bangunan (Zon Warisan)
a. Pelan Mendirikan Bangunan (Zon Warisan ) dilukis mengikut skala 1 : 100 atau setara mengikut skala yang bersesuaian dengan keluasan tapak
b. Pelan diwarnakan dan membezakan antara kerja-kerja perobohan, pengekalan dan cadangan tambahan
c. Pelan perlu menunjukkan dengan jelas Garisan Sempadan Lot ( Boundry Line ), Garisan Bangunan (Building Line), Garisan Hujung Bumbung (Roof Eave Line), Anjakan Bangunan Dari Sempadan Jalan dan sempadan lot.
Read more...